Posts

MAJLIS PENUTUPAN

Image
MAJLIS PENUTUPAN. Seterusnya, pada 7/6/2017, Rabu (8.30 - 10.30 pagi) berlangsungnya Majlis Penutupan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu  yang bertempat di Dataran Perdana. Semua pensyarah dan pelajar dikehendaki berkumpul di Dataran Perdana bagi mendengar taklimat akhir seterusnya melancarkan Majlis Penutupan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu yang akan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Melaka iaitu En. Mohd Kassim B. Hj. Jaafar. Ketibaan  En. Mohd Kassim B. Hj. Jaafar disambut baik oleh semua pensyarah dan para pelajar. Barisan pentadbir yang sedia mencurahkan tenaga kepada anak bangsa. Sukarelawan turut bertugas mengawal keadaan pada majlis penutupan tersebut. Pensyarah perempuan turut tidak ketinggalan menjayakan majlis penutupan tersebut. Antara pelajar yang mengambil bahagian dalam persembahan pada majlis penutupan seperti nasyid dan sajak.  Barisan pelajar lelaki yang akan mencorakkan hala tuju dan prestasi Kolej Matrikulasi

INTERAKSI 3

Image
TAKLIMAT KOLEJ KEDIAMAN  BERSAMA  PENGETUA KOLEJ KEDIAMAN Setiap pelajar akan ditempatkan di blok masing-masing. Segala peraturan-peraturan yang ditetapkan di kolej kediaman haruslah dipatuhi. Pn. Khadijah Bte Mohamad Pata sedang memberi taklimat berkenaan kolej kediaman kepada para pelajar.  Pelajar lelaki bersemangat mendengar taklimat yang disampaikan.  Walaupun hampir menjelang tengahari, pelajar perempuan tetap memberi tumpuan kepada sesi taklimat dijalankan. Sebahagian pelajar perempuan gembira dengan aktiviti yang dilakukan malah mereka dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di matrikulasi bersama rakan-rakan baru juga.

LDK 1

Image
LATIHAN DALAM KUMPULAN ICE BREAKING PENGURUSAN DOKUMEN, MAKLUMAT DIRI & BORANG PERJANJIAN Seterusnya, latihan dalam kumpulan (LDK) dijalankan pada jam 2.00 petang.   Sesi ice breaking dijalankan oleh sebahagian pelajar. Seorang pelajar perempuan mula memperkenalkan diri kepada pelajar lain. En Hussin Bin Syed Mohd sebagai mentor dalam kumpulan LDK untuk aktiviti seterusnya. Semua pelajar berasa selesa untuk berkongsi cerita.  Salah seorang sukarelawan turut bekerjasama bersama pegawai bagi melancarkan perjalanan LDK.  Sesi LDK turut dilaksanakan di Bilik Tutoran.  Para pelajar melengkapkan dokumen, maklumat diri dan borang perjanjian yang masih belum dilengkapkan.  Semangat kewibawaan pelajar mampu menjadi seorang yang cemerlang dalam  matapelajaran.  Walaupun penat seharian menghadiri semua sesi aktiviti, namun para pelajar mampu tersenyum dan ketawa. LDK dijalankan di Dewan Kuliah.  Antara tempat LDK dilaksanakan. Pn. Hazl

INTERAKSI 2

Image
BERSAMA UNIT HEP (KEBAJIKAN PELAJAR). Bermula jam 8.30 pagi bersama Unit HEP berkenaan kebajikan pelajar KMM yang diadakan di Dewan Utama. Cik Nurdiyawati binti Abidin memberi taklimat dan penerangan mengenai kebajikan pelajar dimana pelajar perlu tahu setiap perilaku atau hak.  Para pelajar lelaki tekun mendengar info-info dimana mereka boleh praktikan. Mendengar ceramah yang disampaikan dengan penuh perhatian, semoga ceramah yang disampaikan bermanfaat di masa akan datang. Antara barisan AJK Sukarelawan yang bertanggungjawap menjalankan tugas walaupun jauh dari keluarga dan sanggup memberi tunjuk ajar kepada pelajar baharu. Pelajar perempuan juga bersemangat mendengar taklimat yang diberikan.

TAKLIMAT WARIS

Image
TAKLIMAT WARIS. Bagi sesi seterusnya, para waris dimulai dengan  taklimat dan penerangan mengenai pengenalan Kolej Matrikulasi Melaka. Penerangan yang jelas, tepat dan cepat amatlah penting bagi  memudahkan perjalanan para pelajar sepanjang keberadaan mereka di Kolej Matrikulasi Melaka bagi Sesi 2017/ 2018. Antara taklimat dan penerangan yang diberi adalah mengenai :- 1) Hal Ehwal Pelajar (HEP). 2) Kemudahan-kemudahan/ infrustruktur KMM. 3) Pentadbiran/ Organisasi KMM dll. Timbalan Pengarah sedang memberi taklimat kepada waris. Ucapan dan taklimat daripada Timbalan Pengarah kepada para ibu bapa dan pelajar. En. Khairudin Bin Nozari merenung jauh memikirkan perancangan hala tuju pelajar.  Barisan Pegawai-pegawai yang hadir dalam sesi taklimat waris. Keterujaan ibu bapa untuk mendengar taklimat seterusnya. Suasana di dalam Dewan Utama semasa sesi Taklimat Waris dijalankan. Kehadiran mereka ke Kolej Matrikulasi Melaka amatlah di

INTERAKSI 1

Image
SOLAT DHUHA PERDANA & PEMBANGUNAN ROHANI. Seterusnya, sesi solat Sunat Dhuha perdana diadakan di Surau Ibbadurrahman kepada pelajar Muslim. Penceramah dilaksanakan oleh Ustaz Abdul Aziz bin Para pelajar bersemangat pada hari kedua mendengar ceramah. Kerjasama yang diberikan oleh para pelajar memudahkan lagi kelancaran aktiviti yang dijalankan.  Ustaz Abdul Aziz memberi ceramah dan talimat kepada pelajar supaya mereka lebih tenang dalam perkara yang hendak dilakukan. Pelajar tekun mendengar ceramah-ceramah yang diberi bagi mempraktikan pada kehidupan harian. Pn Rosnah memberi taklimat dan penerangan kepada pelajar Non-Muslim di Dewan Kuliah 1.  Para pelajar memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penceramah. Semangat pelajar inilah yang akan membawa kepada sebuah kecermerlangan sepanjang memburu ilmu di KMM.

TAKLIMAT PROGRAM MPPB

Image
TAKLIMAT PROGRAM MPPB DAN SOLAT ASAR DI SURAU IBADURRAHMAN BAGI PELAJAR MUSLIM. Kemudian pada 4.00 petang hingga 5.30 petang, semua pelajar muslim dikehendaki berkumpul di Surau Ibadurrahman bagi mendengar taklimat program MPPB seterusnya. Taklimat ini disampaikan oleh En. Mohshen bin Jaamat selaku wakil daripada Unit Hal Ehwal Pelajar. En. Mohshen bin Jaamat menyampaikan taklimat mengenai perjalanan Program MPPB seterusnya. Barisan sukarelawan sedia berkhidmat bagi memastikan Program MPPB berjalan dengan lancar. Para pelajar tekun mendengar taklimat yang disampaikan. Pelajar lelaki turut tidak melepaskan peluang mendapatkan input dari pihak HEP. Pelajar perempuan juga bersama memberi kerjasama bagi melancarkan program pada petang itu. Bersemangat dan tenang mendengar taklimat yang disampaikan...